Monday 17 September 2018

ZAYN ASYRAFF

Asalamualaikum...

Setelah 9 bulan membawa perut Syukur Alhamdulilah dengan izin nya pae telah pun melahirkan seorang zuriat dan hadiah pertama dari Ilahi yang amatlah bernilai. Tak terungkap dengan kata-kata bertapa indahnya Hadiah ini.

Zayn Asyraff , putera sulung kami selamat dilahirkan pada 04/06/2018 pada hari isnin tepat pada jam 02.56pm di Hospital Temenggong Kulai . Setelah hampir 6 jam bertarung nyawa lahirlah putera kesayangan kami secara natural. Hebat kuasa Allah swt , sakit yang di alami selama 6 jam hilang serta merta di saat anak mama keluar.

tapi gap sejam sejam nak tunggu 6 jam bersalin tu antara dugaan paling hebat. memang menangis sampai tak boleh keluar air mata. Sakit tak terungkap punya contractions. Bila bukaan dah 8cm baru husband dapat teman dekat labour room. Tapi papa sangat kuat, tak nangis tapi terus bagi semangat dekat mama. terima kasih suamiku.

Tapi selepas anak mama keluar , mama risau sebab lahir lahir je anak mama , Zayn Asyraff tak menangis. so nurse terus bawak lari anak mama untuk dapatkan mesin untuk support pernafasan anak mama. So masa papa azankan mama tak dapat tengok. One moment cant be create on my eyes directly and mama want to make sure we have anothers moment create , Lots !

Dan perkenalkan , fresh from the oven . TADAAAA !!


handsome boy mama. masani macam tak percaya depan mata mama nilah anak mama. Allah sebak sangat. Satu malam kita sama sama kena tidur dekat ward tanpa papa teman. Alhamdulilah anak mama sangatlah good boy. Risau mama kalau asyraff nangis ke apa. Maklum lah for the first time nak handle baby. anak sendiri pulak tu, tanpa parents observed. Rasa hebat pulak, dengan sakit beranak lagi. Tak terungkap dengan katakata.


first time angkat anak. kekok... asyik perati orang katil depan jee cemana dia handle baby.. kakaka
nak pergi bilik air pun kena make sure anak tidur nyenyak.. tapi bila dengar baby nangis terus clumsy. sebab tak boleh recognize suara anak sendiri, rasa semua suara baby sama. Hahahahaaaaa


one moment create !!!
proses berpantang 44 hari. hari raya pulak tu. rasa macam seksa giler nak tempuh.orang semua pergi beraya tapi aku kena berpantang. Nasiblah papa pun tak rayaaa. kehkehkeh.


SELAMAT HARI RAYA 2018  HAHA



Now Syukur Alhamdulilah anak mama papa Zayn Asyraff sudah 3 bulan 21 hari. Semoga anak mama terus membesar dengan sihat , kuat , cerdik , dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.
Doa mama untuk anak pertama mama , agar Asyraff sentiasa dilindungi dari tipu daya dunia. 
Kuatlah sayang untuk tempuh perjalanan mu. 


IKHLAS :
MAMA ASYRAFF 

Wednesday 25 April 2018

1ST BABY

hai Assalamualaikum ..

Alhamdulilah sudah masuk 3rd trimester pregnant. Baby sihat , tapi mak pulak tak sihat di sebabkan pelvic pain yang agak dasyat. uhuk uhuk :( tapi harap baby terus kuat dan sihat. Dah tak sabar nak jumpa baby AHNF . Syukur dengan anugerah terindah dalam hidup kami. Rasa kasih dan sayang terus membuak buak walaupun belum jumpa baby depan depan. Suami pun dah semakin esaited nak jumpa baby. Asyik suruh bersalin cepat sikit. Aiyaa ingat boleh petik terus keluar ke bang . hehehe

Alhamdulilah sekali lagi sebab dikurniakan suami yang sangat prihatin dan penyayang. Tak jemu jemu layan kerenah isteri nak makan macam macam ni. Belum lagi layan kerenah masa sakit. Asyik nangis je pae sekarang... Entahlah memang sejenis orang yang agak gembeng. Mungkin bahagian pae rasa pelvic pain ni . Sampai nak bangun pun payah, sakit nya Allah je tahu. Belum lagi nak mulakan langkah. Rasa sangat kesakitan tu sampai nyilu dan sakit seperti menekan nekan.

Sebab tu jugak rasa dah tak sabar nak jumpa baby. harap baby tak cengeng macam mak dia ni haaa. InsyaAllah tak lama lagi kita jumpa ya sayang mama papa. Jadi anak yang soleh ye sayang. Semoga urusan kita sama sama dipermudahkan. Harap pae terus kuat dan sabar untuk menggalas tanggungjawab menjadi seorang ibu lepasni. Mudah mudahan...

and saja nak share gambar masa scan 4d baby masa 30week haritu.. sebagai kenang kenangan...


cakkk... tang hidung macam dah tak boleh nak sangkal lagi , memang hidung mak.. hehe tak terkenan hidung bapaknya pulak yang mancung tu... tapelah sayang mama asalkan awak sihat ye nak.. nanti dah keluar siap mama picit picit hidung awak tu...

selamat berjumpa lagi... 
DOAKAN YANG TERBAIK YE BUAT KAMI 



Wednesday 7 March 2018

AFTER ONE YEAR

Alhamdulilah....

Penantian yang di tunggu-tunggu selama setahun usia perkahwinan kami telah di hadiahkan dengan satu perkhabaran paling gembira. Dia datang tanpa kami duga , setiap bulan berharap tapi tiap kali test upt untuk 1,2 kali mesti negative result. Betul orang cakap jangan berhenti untuk berdoa , berusaha dan akhir sekali kita hanya mampu tawakal. Kita berserah ... cuma of course masih ada rasa sedih dan kecewa.

macam macam usaha kami buat. berurut. check up. minum susu kambing. macam macam !!!
tapi still tak give up. Husband merupakan orang paling penting untuk bagi semangat dekat wife nya. Kita perempuan , hati tak cekal mcm lelaki. Tiap bulan menangis dekat bahu suami. Selalu ckp.. Abg... kenapa orang lain senang je dapat.. kenapa rezeki kita lambat.. tiap bulan ulang soalan yang sama... sehingga genap usia setahun perkahwinan kami...

satu hari tu... saja saja beli upt test. memang tak berharap langsung sebabnyaaa simptom simptom datang haid memang dah rasa. dah mula sakit sakit pinggang. cuma beza nyaaa sakit nya datang terlalu awal sampai bila baring nak bangun satu badan rasa sakit sampai badan rasa seram sejuk. and sebelum diri sendiri yang sakit. husband dah dapat petanda awal sebenarnya. husband demam selama seminggu. tak pernah2 husband demam lama macam tu... tapi still tak aspect apa apa pun.. biasalah kan demam...

back to story lepas beli upt yang murah murah tu.. sampai rumah dalam pukul4 macam tu , and terus test ....tak rasa apa apa pun sebab langsung tak berharap dah kali ni.. tapi dok tunggu dalam 5 minit macam tu perasan macam nampak double linee... Masa tu jantung macam terbehenti kejap. tapi still buat rileks. still pujuk hati jangan terlalu berharap sebab line nyaa terlalu kaburrr....macam gambar dekat bawah ni.. cer tengok... hihi


lepas je dapat result tu.. terus whatsapp husband .. husband memang sangat cool.. and of course siapa tak teruja kan.. cuma husband pun cakap benda yang sama jangan berharap dulu tapi betul dia dah ada dalam rahim kita doa banyak2 supaya dia terus kuat dan sihat..... tears :'(  , di sebabkan masih ragu ragu dengan result tadi.. terus pujuk husband pergi mall nak cari upt yang mahal dan puas hati terus.. kalau ada Alhamdulilah , kalau takda kita cuba lah lagi :'( sedih lagi.. hukhuk.....

so malam tu lepas husband balik kerja.. ajak lah pergi mall cari dekat watsons.. terus capai clear blue punya brand. Nekad !! Dalam hati masih lagi tertanya tanya. betul ke anak mama dah wujud dalam rahim mama... Sampai rumah tak terus check pun... sebab ada baca dekat article and blog kalau nak dapat result yang betul kena waktu subuh. or pagi lah. kena tahan kencing selama 2 jam at least. haaa sudahhh malam tu langsung tak boleh tidur, asyik terjaga jaga. nak tunggu subuh tu seksa jiwa ragaaaa.... struggle is real sangat waktu tu...

di sebabkan dah tak sabar yakmat... pukul5 tu nekad sekali lagi untuk check. husband memang tengah tidur lagi...tidurr dengan lenaaa. wife nya dah tak tentu arah sama sekali... Dalam hati dah macam macam doa dah , benda pertama yang diharapkan adalah wujudnya dia dalam rahim. bila celup je test upt tu , tunggu dalam 5minit untuk tunggu result keluar. loadingggg..... and after je loading....
AllahuAkhbar , SubhanaAllah... Alhamdulilahh , air mata terus tumpah... Terus kejup husband yang masih mamai mamai , tunjuk result upt tadi tu... tapi di sebabkan bilik gelap.. husband berseloroh , tak nampak apa bukak lah lampu tu dulu... -_- 

And taddaaaaaaaaaaaaaa !


Alhamdulilah Alhamdulilah

Wahai anak mama.. di saat mama menulis blog ketika ini awak sudah berusia 7bulan di dalam rahim mama.. Mama dengan papa dah tak sabar sabar sayang nak peluk nak cium wajah kesayangan mama papa. Setahun sayang kami tunggu kehadiran kamu di dunia ini. Semoga kamu terus kuat terus sihat sehingga tepat pada waktu kamu di lahirkan nanti... Terima kasih sayang mama papa sebab sudi hadir dalam hidup kami. :'(  See now youre 7 months ... 


Syukurr semoga kamu terus sihat dan kuat ye sayanggggg.... see you for another 2months. InsyaAllah.
Wahai suamiku , Mohamad Aliff Hakim . Terima kasih diatas segala pengorbanan yang abg berikan kepada syg , kasih dan sayang abg sentiasa terlihat di mata abg.. semoga abg terus menjadi suami , menjadi papa yang terbaik buat keluarga kecil kita.. we love you to the moon and back 

Semogaa doa yang baik baik sentiasa mengiringi kita semua...


 Alhamdulilah , zuriat yang ada dalam rahim ni merupakan hadiah paling istimewa buat suami. Semoga adanya kamu melengkapi hidup kita sekeluarga , Amin...... LotsofLove from your wife.






Sunday 30 October 2016

Pae dah kahwin woi !


\Hyee semorang/


tak sangka betui banyak banyak lelaki Mr.P jugak akhirnyaa menjadi suami saya. Dah jadi isteri orang pun kan. Alhamdulilah pada tarikh keramat (gitchu) 26 ogos 2016 kira kira jam 3.00 petang pae sah menjadi isteri kepada Aliffhakim, haa nama sebenar benar nyaaa. dah jadi somi boleh ke nak panggil Mr.p lagi ? hewhew . En.Husb lah pulok .. ( wekkkk nyampah ) ! k back to story. Majlis di jalankan seperti yang di rancang. Majlis pae dan husb hanya biasa biasa sajaa. Bersederhana. Maklum lah dua dua baru kerja. nak mengumpul duit seguni tu memang idok ler kan. Janji selesai. Yay dah boleh fegang-fegang tangan , tidur pun dah ada 'bantal peluk' sefesellll. winkwink . :p

okay nak belanja sikit gambar.



Teaser je dulu. Nanti pae update details sepanjang majlis perkahwinan pae, dari persiapan nikah resepsi terus ke majlis bertandang. InshaAllah kalau ada kelapangan ye . hehehe
apa-apapun doakan ikatan perkahwinan pae dan suami hingga ke Jannah-Nya. Amin..
doakan sekali semoga kami di anugerahkan zuriat yang sihat dan nomel-nomel mcm pae eh eh. Hehe


Jumpa lagi. (nak tengok gegar vaganza satgi) Haha

#AHNFjourney

Assalamualaikum...

Setelah sekian kian kian lamanyaaaa tak update blog ni. nak cerita banyak gilos okay. Banyak.! hehehe kenapa tiba-tiba nak update pulak cik kiah hoii ? sebenarnya memang dah lama sangat dok pikir nak masukkan entry baru. And lantak lah kan orang nak baca ke tidak. Blog kite. Zaman blog ni even orang da tak tengok sangat tapi pada pae dia macam mini diari. Kalau nak throwback kau tengok lah blog sendiri. Haaaa throwback gitu. Hihihi Okay okay jom jom kita teruskan niat nak dok hupdate entry baru.

Sabtu 15/08/2015 Alhamdulilah dengan izinNya pae telah menjadi tunangan kepada Mr.P , Hiks such a long time kot tak guna nickname cemtu. Awkward pulak ghasenyaaa. hihihi Okay tukar lah macam tak proper pulak. Kepada Aliff's . Dah lama kiteorang plan, cuma keadaan tak mengizinkan. Ekonomi pun tak stabil lagi. Tapi rasa lah feel nya lain , sebab Mr.P yang mula mula plan, dia yang ajak. So kita ni nampaklah kesungguhan dia nak dekat kita ni. Awwwwh speechless.

Esaited tak.? Gilaaa mu tak esaited. macam macam benda dah fikir,dah shorlist tapi semua under bujet lah kan. Jenis kiteorang ni nak simple simpel je, tapi orang keliling sedara mara and family banyak membanting tulang, gigih rewang,kerah tenaga. And Alhamdulilah dapat family yang turut membantu dan sokong segalanyaaa. Ahhh nangis :'( .. Restu family especially lah kan paling kita utamakan, Mak abah tak pernah bantah tak pernah tak setuju bila Aliff ajak tunang, malah turut mendoakan yang baik baik. lagi lah terharu :'( .

So dengan izinNya majlis di jalankan dengan pernuh adat. Atuk dengan abah sebagai orang kuat majlis , dok pakat pakat hantaran, bincang hantaran semuanyaaa lah, Terima Kasih sangat sangat sebab menjadi tulang belakang. Allah je mampu balas semuanya.



Berdebar tak.? Gilaaaa tak berdebar, jantung macam nak gugur nak pecah bila ada orang panggil, " Angah dah boleh keluar, atok dengan ayah abang alep da habis bincang" glurppppp ohhh okay i need to show my make up my dress right now ehh, hahahahah confident tak confident lah kan kau jalan dengan baju meleret-leret tu haaa kan... gigil kepala lutut ni sebab semua mata tuju dekat kita, macam retis pulak masa tu , hihihi.. bila lagi nak rasa feel nya seorang retis tu kan.

dan, sekali lagi rasa bersyukur sebab future family , bakal mak mentua sendiri yang sarungkan cincin masa tu, and moment tu sangatlah berharga, saat di sarungkan cincin dekat jari kita, dan kita dapat rasakan yang kita ni di terima menjadi sebahagian keluarga tu satu hari nanti, In Sha Allah. Salam peluk tanda berterima kasih dari kita untuk bakal mak mentua sebab sudi duduk sebelah dan sudi menjadikan kita menantu dia suatu hari nanti. Siapa yang dah bertunang tu , she know how i feel.

so meh sis belanja sikit gamba waktu tu yeeee :*



saat saat menjadi tunangan orang, ceittt hihihi Terima Kasih ibu Salbiah. ayang angat angat. hehe tak tau masani mata semua tertumpu dekat aku. berdebor debor weh. Tapi masa tu mata da kabur kabur. nasib tak bergenang ayaq mata. aku ni cengeng sikit. hahahaha



masa ni haa aku da boleh bernapas dengan tenang, legaaa wei toksah nak kata dah. masa ni dah sakan nak bergamba je. takda lain. ke ke ke




 tema tunang aku masa nie adelah colourful ikut sedap tekak hihi, tapi based pada pink. umpp aku tak lah pink lover tapi sukalah jugak dengan kelembutan warna pink tu sendiri. Ha credit pada gamba atas ni, saat saat dah di sarungkan cincin. legaaa nya rasaa. tunggu kawin pulak Mr.P punya turn ye.hihi


umppp maciammm pwencesss takkk ? haha *flip veil* acah tau awak ni. hehe tapi memang priceless moment ever kot. and aku tk dapat bayang bila waktu akad nikah satu hari nanti. memang memori habis kot . okay dah berangan ke situ kehkehkeh.








Monday 13 June 2016

Suddenly !

Such a veryy long time..
Lama nyaa rasa tak update blog. Since macam macam application social networking wujud! Blog macam dah tak musim , Gitu. Tapi today rasa macam ada something nak share and nak membebel panjang-panjang. Fikir dekat mana ya nak typing.... macam karangan. Heh 😅 So decide yaa blog yang dah lama tak di usik. Entahlah sebenarnya banyak kali terfikir nak update entry. Tapi takda masa atau da makin melupakan zaman blog ! Huks😂 And by the way.. Saya dah bertunang. Ya entry pasal  majlis pertunangan pae pun da tak pernah update😌  And for info pae dah tulis cuma send to draft buat perkasam .. Nak publish dari hari ke hari , terlupa, habis quota and macam macam alasan..

Sampai lah satu hari, Mr.P , Eh ?!! Wahwah nama tu lah paling femes dalam blog kite satu masa dulu. Kihkih.. And nak tau Mr.P dah jadi tunang kite . Yeay !! and for a few months je nak jadi Husband kite.. Kite kite pulak tetibaa.. ahh Rindu pulak masa lalu. Dah 4 Tahun berlalu.. Time flies so fast sampai tak sedar.. Okay, back to story .. Mr.P pernah tanya, "Dah lama tak update blog eh?!" Pae pun macam fikir.. "Eh Alip pun ada keep update blog tunang dia" Speechless😚 Cuma yaa memamg dah lama sangat tak update. Ni pun macam kekok. Takda point apa pun nak story just nak throwback apa jadi 4 Tahun lepas... Hehehe

InshaAllah kalau takda aral melintang, Ada jodoh, umur panjang, pada. Bulan 8 nanti kami akan di satukan. Mintak semuaa doakan yang terbaik buat kami berdua yaa.. 😊


   .